My Sweet Bloggie
value="mp3=

D'Owner


Moshi moshi! I'm Najwa. Call me Wawos!
I'm 16 years old
Do visit do follow bebeh!

Tagboard

Credits
Template by: Novita Lesyani
Basecode by: Arrien Inspirit
Owner:Nurdayana Najwa

True Friend
Sunday, 20 October 2013 • 22:32 • 0 comments
Hi and Assalamualaikum....
 Dah lama tak update blog. Almaklum, retis. Eh? Hahahahahahahaha. kjoke -.-
          Aku rasa semua orang selalu dengar perkataan 'kawan' or 'Friend' kan? Tapi jarang kita dengar perkataan 'True Friend' Tapi selalu kita dengar 'Dia kawan baik aku' or ' She/He is my best friend' Mak aku kata 'Tak semua orang dalam dunia boleh dipercayai. Sedikit sebanyak pon mesti ada timbul perasa ragu ragu. Walaupun dia tu kawan baik kita sekali pon' Manusia ni tak semua baik, dan takde yang sempurna. Kita semua makhluknya. Allah is fair. Persoalannya sekarang, mana yang kita boleh percaya, 'Best Friend' ataupun 'True Friend'?

           ' Friends are hard to find. In a lifetime, you get only a few. A when you find them, you
            always know them by sight and heart alone, you always grow a little bit taller in your soul
           and you know you have been blessed just to know them ' - Ashley Rice
     
          Kawan biar beribu, kepercayaan biar satu. 'True Friend' Dia selalu ada di samping kita semasa kita susah atau senang. Bukan yang ada dengan kita sewaktu kita senang dan abaikan kita sewaktu kita susah. Dia selalu bagi semangat kepada kita ketika kita tengah down. Bukan tinggalkan kita sewaktu kita perlukan semangat daripada seorang kawan. Dia selalu bagi nasihat kepada kita semasa kita telah melakukan sesuatu perkara yang salah. Bukan mendorong kita lagi untuk membuat perkara yang salah. 'Kawan' memberi impak kepada diri kita. Tidak kisah lah 'True Friend' ataupun 'Fake Friend'

                 ' A Friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be
                 able to think of anything to say and be comfortable in the silence ' - Sheryl condie

          Kawan yang handsome/cantik, baik, kaya. Kawan yang macam tu kita perlu sanjungkan? Banggakan? Salah. Buat apa kalau mempunyai kawan yang handsome/Cantik kalau imannya tak se-handsome/secantik rupa parasnya? Buat apa kalau hanya baik pada luarannya kalau dalamannya ada niat untuk pergunakan kita? Buat apa kalau kaya raya tapi duit itu dipersalah gunakan? Bukan kenal pada dirinya sahaja, malah ahli keluarganya juga. Tidak perlu memilih kawan yang cantik luarannya, buruk dalamannya. Lebih baik mempunyai kawan yang buruk luarannya dan cantik dalamannya. ' Don't judge the book by its cover ' Manusia ni ada mempunyai sifat 'Copy paste' dalam diri masing masing. Sedikit sebanyak mesti ada perasaan nak tiru orang lain atau terpengaruh. Nak nak Remaja (awek muda) macam kita. Eh? Hahahaha. Siapa lagi kita nak terpengaruh kalau bukan terpengaruh daripada seorang insan yang bergelar'Kawan' Ini lumrah untuk manusia.

                 ' Never try to walk alone in your life, as always remember a FRIEND is still thinking
                  about you, a FRIEND is being worried for you, a FRIEND accepts you as his precious
                  person, a FRIEND wanna stay besides of you at every situation '

          Kalau betul dia kawan, dia tak penting Girlfriend/Boyfriend dia. Dia lebih pentingkan awak. Sebab dia fikir hati kawan lebih penting daripada hati 'kekasih hatinya' Bukan  apa, mungkin ada orang ada Girlfriend/Boyfriend boleh dicari, kawan sejati sukar dicari. Bagi aku, dua dua susah nak cari sebenarnya. Ye lah, kalau nak cari 'True Friend' kena kenal hati budi diaorang. Kalau tak kenal, kita jugak terpesong kearah yang salah. Kalau salah cari boyfriend, nanti dipermainkan baru padan muka diri sendiri. Hahahahaha. So conclusion nya, berhati hati apabila mencari 'TEMAN'

                 ' Friendship isn't how you forget, but how you forgive. Not how you listen, but how
                   you understand. Not how you see, but how you fell. Now how your let go, but how
                   you hold on! '



   
Sahabat.... Hargailah bila bersahabat, sayangilah bila bersama, maafkan lah bila terluka, rinduilah bila berjauhan, fahamilah bila kekeliruan, nasihatlah bila terleka dan tegurilah bila tersilap. Manisnya bersahabat kerana ikhlas....

                                                   ' Friends are the flowers in the garden '  
Entry ni sebenarnya untuk diri aku sendiri. Bukan untuk nasihat orang atau apa apa. I know who I am. Kadang kadang apa yang kita tulis atau cakap tu boleh buat hati orang terasa. So, maafkan aku kalau ada orang yang terasa hati.
   
Okay bye, assalamualaikum.....


0 Comments:

Post a Comment


? ?